Pertandingan Menaip dan Asas Microsoft Word

23 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 22 June 2019, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah menyertai Hari Terbuka Pusat Internet Kampung Luak yang telah diadakan di Pusat Internet Kampung Luak sendiri dari jam 8:00 pagi sehingga 2:30 petang. Hari Terbuka ini telah disertai oleh komuniti setempat Kampung Luak. Sepanjang Hari Terbuka berlangsung, satu pertandingan menaip dan asas Microsoft Word telah diadakan untuk orang dewasa.

Tujuan pertandingan menaip dan asas Microsoft Word ini ialah untuk menguji kecekapan peserta untuk menaip satu teks yang mengandungi format Microsoft Word di samping melihat pemahaman mereka terhadap penggunaan teknologi yang begitu penting pada masa kini.

Antara kebaikan yang diperoleh melalui pertandingan menaip dan asas Microsoft Word ialah peserta dapat meningkatkan skil dan kelajuan mereka menaip. Peserta juga faham penggunaan beberapa format asas dalam Microsoft Word seperti bold text, italic text, spacing, fonts, highlight dan sebagainya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali